Lemparkan rusuhmu.
Sekuat mungkin, sejauh mungkin,
selaju tangan kau kesat,
di pelupuk matamu,
usah pernah malu.
Menangislah
Redakan rusuhmu.
Biar yang tinggal cuma pasrah.
Kerana saat ini,
kau sebenarnya keras menghukum,
dirimu yang sebenarnya,
tidak bersalah!
10 comments:
erm..baru muncul post baru dari abg fakhrul...
kesibukan agaknya :)
btw,teruskan berpuisi iyer :)
p/s:caiyoookk!bangkitlah...
menghukum diri sendiri yang tidak bersalah? Rasa terhukum!
@hanim: puisi ni utk kwn abg fakrul sebenarnya
@iera: sbb tu ada istilah "move on" : )
Assalamualaikum w.b.t.
Saudara Fakrul,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak kecil saya. Semoga dapat sama-sama berkongsi fikrah, insya-Allah.
Menarik puisi-puisi yang ada dalam blog saudara. Teruskan perjuangan yang takkan pernah selesai. =)
Assalamualaikum,
Jemput ke blog.Saya gemar 'membedah' karya. Lagi suka kalau karya sendiri 'dibedah' orang.=)
abg fakrul:owwwhh..kawan erk?bguih2..sahabat yg baikk :) semoga dia akan bangkit dgn smngt baru..
@Hafiz: W'salam, terima kasih kembali. InsyaAllah moga dapat berkongsi dan itulah yang menarik : )
@Cik Izzah: W'salam. Dah ke blog awak. Nice blog. Sebenarnya, sy cuma suka menulis tapi tak pandai 'membedah' karya hehe. Mohon tunjuk ajar ya : )
@Hanim: Dia dah baca, harap dia faham. kalau tak, abg fakrul 'laser' dia nanti : P
abg fakrul:owhh..i see..harap dia faham kan..err..laser?kesian pulak die karang kene laser tak jadi bangkit pulak :)
yg ni seswai dgn situasi saya yg baru balik exam tapi yg target tak masuk.
tapi saya bersalah :(
Hana: berani mengakui kesilapan diri menandakan kita OK. Ayuh bangkit hehe
Post a Comment