Hampir 4.15 pagi.
Dan aku masih menikmati lagu dendangan Society The Band; Berani Bercinta (yang baru aku uploadkan di Youtube setelah beberapa hari tertangguh). Pada aku, lirik karya Jimadie Shah Othman ini memukau. Bukan memuji kerana Jim adalah kenalan rapat aku, tetapi bagi aku, ini kerana liriknya yang disulam indah walau ringkas, punya roh dan sangat dekat dengan orang-orang yang barangkali takut untuk bercinta. Lagu gubahan Meor Yusof Aziddin pula menyempurnakan lagi kelahiran sebuah lagu yang mempunyai sejuta makna dan asyik saat menyentuh gegendang telinga.
Ini liriknya:
Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.
Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.
Esok kita, hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.
Aku menikmati lagu ini sambil cuba menghabiskan sebuah buku tulisan seorang penceramah motivasi iaitu Mr Robert Cheah Booy (berumur 62 tahun dan aktif menyampaikan syarahan di seluruh pelusuk dunia). Serius aku kagum dengan cara penyampaiannya yang seakan seorang "atuk" yang berdamping dengan "cucu-cucunya" sambil menceritakan pengalaman menariknya saat mengenal erti hidup hinggalah di usianya sekarang; "Saya 26 tahun, bukan 62 okey!", Selorohnya sambil tersenyum lagak seorang "atuk" ingin bermanja dengan kami, "cucu-cucunya".
Antara kata-katanya yang buat kami ketawa terbahak-bahak ialah saat kata-kata ini ditujukan kepada "cucu-cucu" perempuannya;
"Kalau menjadi isteri orang, cubalah berlakon yang kalian sangat teruja bila sang suami bersungguh-sungguh menceritakan tentang sesuatu yang kamu sebenarnya telah tahu. bukannya apa, cuma berilah ruang agar sang suami rasa he's so manly!", Selorohnya bersahaja hahaha.
"Dan kamu yang lelaki", Getus si atuk tiba-tiba. Ketawa kami serentak terhenti.
"Kamu umur berapa", Soal si atuk kepada seorang teman. "31 tahun", Balas teman tadi ringkas. Si atuk kembali menyoal bernadakan lagu lama "Dah kahwin ke belum?". Serentak kami semua ketawa haha. "Belum" jawab teman tadi. "Belum ada girlfriend", Tambahnya.
Si atuk tersenyum. memandang muka-muka kami. "Begini...", Katanya, sesaat diam. "Kamu yang lelaki, harus yakin dan berani", Sambungnya tegas. "Macam mana sales person tidak pandai memikat wanita ni. Besok kembali berusaha ya", Sambungnya bernada jenaka. Ketawa kembali bergema, terutama dari "cucu-cucu" perempuannya.
Terima kasih "atuk", terasa singgah tepat ke muka -.-' haha
oklah, aku ingin menyambung kembali bacaan aku.
Dan oh ya, aku masih ditemani Berani Bercinta. : )
Showing posts with label Cerita dalam cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita dalam cerita. Show all posts
Tuesday, May 31, 2011
Sunday, January 2, 2011
Cerita Hujung Minggu
Malam tadi, akibat tahap kebosanan yang agak melampau, sengaja aku jejakkan kaki ke Midvalley. Tanpa sebarang tujuan sebenarnya. Sampai je, lama aku termenung, sedikit bingung. Apa yang aku nak buat ni ha? Aduh! situasi ni dah selalu sangat terjadi kalau nak dicerita. Sudahnya, aku ke MPH, baca majalah free la kiranya. Habis satu, satu aku baca, alah, nama pun boleh baca free, manfaatkan jelah ye tak. Lama jugak aku dok mengakar kat situ. Dah bosan, aku ke kaunter; bayar majalah Personal Money [Financial Magazine yg aku suka].
Keluar dari MPH, sebelah kanan aku terpacak pulak Secret Recipe. Oleh sebab dah lama sangat aku tak makan kt situ, singgah, minum sambil menelaah Personal Money diselang-selikan dengan sumbatan Brownies Walnut yang sepotong tu. Sekejap je setel.
Usai baca, aku pun ber"window shopping" la ala lelaki. Kali ini aku lebih fokus. Hala direct je ke kedai sukan; nak tengok harga raket badminton. Semangat bersukanlah katakan. Tengok Yonex; boleh la kalau nak beli. Tengok raket Lin Dan, mak aiii, ribuan tu. Sudahnya, beg plastik MPH ja di tangan aku.
Dari escalator menuju ke tingkat paling atas, tiba2 teringat sorang kawan yg beria-ria menyuruh aku menonton sebuah filem sementara masih lagi ditayangkan. Katanya filem kisah benar ini berkisarkan tentang seekor anjing yang setia bernama Hachiko. "Aku menangis beb", kata kawan aku; perempuan.
Beratur beli tiket. Di bilik tayangan 14, cuma aku sorang je yang ada. screen gelap. Aku mengambil tempat di tengah2. Tanpa siapa2. 10 minit sebelum tanyangan bermula, barulah masuk 4 ke 5 orang. Aku tak pasti, di belakang aku. Kemudian bunyi lagi tapak kaki orang, dah mula ramai, tapi tak lebih 15 orang pada perkiraan aku. Tayangan bermula.
Separuh cerita, isak tangis kedengaran di belakang aku. Jelas. Dan Hachi terusan memainkan perasaan penontonnya. Sepuluh tahun menunggu di hentian yang sama, menanti dengan setia; tuannya yang telah sepuluh tahun tiada!...
Aku lelaki, berkaca la jugak mata ni. Serius!
Kalau korang nak menonton, dah ada yang uploadkan di Youtube. Search > HACHIKO-A DOG STORY.1 dan seterusnya. Layan!
:: Official Movie Trailer ::
Subscribe to:
Posts (Atom)