Kuseru aku berlari
Dalam rembang menyala
Amarah, benci, dendam dan hasutan
walau bersatu, kurempuh.
Biar terbakar nafsuku
Biar hancur langkahku
Biar tersiat kulitku
Biar terpadam pandangku
Biar terhenti nafasku
dan gundah kau cipta,
beban, tanggung ke mati.
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
Kad hari lahir, ros kering, satu harapan dan kenang terindah
Sebetulnya hari ini adalah antara hari yang amat mengembirakan aku, saat membelek-belek kad kahwin seorang teman di sudut meja dan aku yakin, majlis begini yang akan dapat mempertemukan kembali kebanyakkan teman-teman lama, setelah hampir belasan tahun terpisah.
Saat sampai, sudah ramai teman-teman yang awal tiba. Kami bersalam, ketawa dan berpelukan meraikan ikatan persahabatan yang panjang. Di ruang ini, masing-masing punyai cerita sendiri yang menambahkan seri perbualan kami dan sesekali deraian tawa pecah saat mengenang cerita-cerita lama. Aku menikmati saat-saat ini, sungguh. Dalam riuh tawa itu, aku sedari adanya sepasang mata yang memerhati. pandangan yang pernah kukenal? aku sedikit kabur.
Majlis usai. Ketika aku ingin membuka pintu kereta, seorang kanak-kanak perempuan menarik bajuku dan menghulurkan sekotak hadiah yang dibalut cantik. Aku membuka. Di dalamnya punya surat-surat lusuh luahan rasa cinta yang dipendam lama. Aku faham akan sengsara ini kerana aku juga pernah menanggungnya. Di dalamnya juga punya kad-kad hari lahir serta sekuntum ros kering yang tidak terkirim. Pasti semuanya untukku. Bukti betapa mendalam perasaan cintanya. Menunggu walau tanpa pasti. Cuma majlis seperti ini yang mungkin mempertemukan kami. Tapi tidak pada aku kerana aku langsung tidak mengenali pemilik hadiah ini.
Aku sedikit keliru. Sejujurnya, aku juga mengharapkan punya saat-saat seperti ini. Aku berusaha untuk menemui pengirimnya.

Dan aku terjaga.
Saturday, June 26, 2010
Buat Seseorang (Yang Kucintai Dalam Sunyi) *Puisi lama.
Rasa itu menyelinap halus
Seluruh urat darahku terkesan
Biak warna pelangi
Indah
Berombak dada melakar ilusi
Gerakku menjadi segar
Langkahku gagah, di atas kuntum-kuntum teratai
Indah
Wajah itu terus-terusan mengasak
Pandangnya bundar tetap
Bicaranya lembut mendamai atmaku
Santunnya melirik rindu
Indah
Saat kusedar
Kusyukuri anugerah-Nya
Nikmat cinta
Harusnya indah
Dan buatmu yang kucintai dalam sunyi
Indah itu obor, untukku miliki.

Bicara Tanpa Kata (25.02.2010)
Tengah hari tadi,
Sedangku memesan makanan buat teman-teman,
Aku terpandangkan kamu,
di satu sudut, di sebuah meja.
Berdua.
Kamu berpaling.
Serentak aku tersentak, saat meyedari parasmu
Tapi aku tak punya daya,
Memandang lama,
Tidak seperti dahulunya, saat bersua.
kuberdebar, peliknya,
tanpa sebarang gelora rasa
Tak seperti dulunya, kala berjumpa.
Kusengaja melalui sisi mejamu
Dan kita sekadar berbalas senyum.
Tanpa sebarang bicara,
tidak seperti selalunya, saat bersama.
Kamu beredar,
dan aku menyaksikannya dari sisi bahagia.
Buat kamu,
Maaf, jika kupernah berharap,
agar kita tidak lagi bertemu
Bukan kerana benci
Tidak sama sekali mendendami
Cumanya aku tak mampu
terusan berperasaan begini,
Untuk kesekian kali.

Sedetik Indah
Kamu,
Di satu sudut, memandang.
Dan aku,
di satu sudut, terpandang.
Sesaat, indah. Dan kau melari pandang.
Aku di satu sudut, di balik bicara teman-teman mencuri pandang.
Dan kau di satu sudut, memandang.
Senyumku, senyummu.

Indah.
Aku, terasing dalam bicara teman-teman,
memandang,
Dan kau hilang.
Aku kembali sendiri,
Saat degupan kembali tenang,
Bebayang wajahmu berlalu, sedetik indah.
Aku, terasing dalam bicara teman-teman,
memandang,
Dan kau hilang.
Aku kembali sendiri,
Saat degupan kembali tenang,
Bebayang wajahmu berlalu, sedetik indah.
Cuma mimpiku (yang dulu)
Kau tahu,
Aku pernah punya mimpi.
Kurnia Allah dalam istikharahku yang panjang.
Saat pandang kita bertemu,
Jiwa kita seakan bersatu.
Indah mengulit nubariku.
Menanti saat jawabmu bersatu dalam doaku.
Aku pernah punya mimpi.
Kurnia Allah dalam istikharahku yang panjang.
Saat pandang kita bertemu,
Jiwa kita seakan bersatu.
Indah mengulit nubariku.
Menanti saat jawabmu bersatu dalam doaku.
Siri harap-harapan dan ritual cinta
Kekasih, muncul berbekal harapan untuk dikongsi, bersama. Harapan berakar lewat fantasi bahagia-bahagia, ritual cinta. Yakin, badai ditangani bersama. Cuma seketika dan mungkin lama. Saat muncul si cantik atau berada makanya ghairah memburu mula membara, kembali menabur benih harap-harapan buat santapan si pria atau dara. Keajaiban anugerah untuk diri kononnya, tanpa kesal tanpa dosa.
Lagu alam dan ubat jiwa
Arus tenang, seakan mengajakku menikmati tarian awan di dadanya. Ada ketika, dedaun kering gugur menyentuh lembut ke dada air, mengundang ghairah anak seluang menyahut. Kocakan air dan siulan burung bersatu mendendang lagu alam. Juga lekuk batu di gigi air membentuk arca, mengundang pesona. Di pentas ini, tiada palsu tiada pura-pura.
Tangis Diri (01.10.2009)
Tuhan,
Ini rusuh jiwaku, ke dasar rasa paling dalam.
Tuhan,
Lelah ini bahkan melumati riak bahagiaku, rebah.
Tuhan,
Aku berusaha seupayaku,
dalam resah dan sepi.
Bahagia sebenarnya kucari.
Tuhan,
Di sejadah-Mu, cinta paling agung terisi.
Doaku,
moga hatinya dan hatiku bersatu, saling memiliki.
Tuhan,
Dan sekiranya keputusan ini bukan yang kuingini,
kau selamatkanlah aku dari rusuh jiwa ini.

Sendirian Ini
Aku masih di sini. Di sudut fikir paling sunyi. Menyelami diri. Dan sendirian ini memeluk erat, saat jiwa bersatu rindu dan rusuh. Sendirian ini sebenarnya memberi ajar dalam menikmati maafku. Dan maaf juga jika sapamu kubiar berlalu. Lewat pandangku, tanpa nafsu. Santunmu sebenarnya, cuma ilusi untuk kusedar dan mengakui betapa indah itu cuma lakon mengisi sepimu. Dan ikhlas tu cuma aku, bukan kau buatku.
Puisi yang tidak terhantar dan ianya buatmu puteri
Terima kasih tuan puteri
kerana pernah memalit warna indah, di kanvas sepi ini.
Terima kasih tuan puteri
kerana pernah mengajarku rindu yang sunyi.
Terima kasih tuan puteri
tingkahmu membuatkanku mengerti bahasa hati,
sakit yang kau takkan mengerti.
Terima kasih tuan puteri
ungkapan sayangmu teramat kuhargai,
Aku tahu kau tersepit dan untuk bahagiamu,
biarku mengundur diri.
Dan terima kasih tuan puteri,
Kerana obor yang ingin kujulang
Semarak cahayanya tak mungkin kupertahankan lagi.

Bicara Dari Hati
Gadis
Aku keliru, lelah dalam nafas cuba memahami
seupayaku.
Gadis
gelanggang ini, kau yang ciptakan
bahkan kuyakini sepenuh hati
tanpa secuit ragu dan tanpa sedar,
cinta yang kau ucap sebenarnya, bakal membunuhku.
Gadis,
juta kali kusoal jiwa ini
Mengapa mesti aku?
Mengapa aku!
Gadis,
pencarian ini perlu jujurmu, walau tanpa hatimu
kukan terima
untukku tenang,
lepasmu pergi, mencari bahagiamu sendiri.
Gadis,
Maaf. Hati ini telah mati.
Kau tentu memahami.

Rusuh Jiwa
Maaf jika pandangku mengganggu, aku senang begitu
oh, maaf saudari
maaf, bukan kamu. Aku keliru
Sumpah! aku melihatnya dalam seribu wajah
seribu gerak, seribu gaya
Sumpah! aku pernah mengejar, berlari, mengejar dan berlari
kosong
Pimpin aku teman, aku terlalu lelah
Tapi ku tak mengalah. Sumpah!
Dan kamu
Mengapa kau ragut kejam senyum tulusku?
aku hilang arah, hilang kata, hilang daya
terasing sendiri dalam gelodak sirna jiwa,
mencari bahagia.
Dan buatmu bayang hitamku
Aku lepaskan pergi, dari dalam diri!

Kamu, Maafkan Aku
Kamu, maaf.
Aku ralit. Kiasmu tidak kusedar. Itu alpaku.
Juga maaf atas saksimu saat kutemu khayal cinta.
Fikirku, bahagiaku juga bahagiamu. Aku senang begitu.
Kamu,
Kau tahu, khayal itu sebenarnya membunuhku.
Tangisku tentu memilukanmu. Aku pasti itu.
Kamu, maafkan aku.
Cuma lewat teman menyedarkanku, mengimbas lakumu dulu
kamu, kamu, kamu.
Kau tahu,
Bahagiamu juga milikku.
Saat kutahu, Kau sudah ketemu pelindungmu.

Sunyi Ini
Mengapa sunyi ini meragut khayal indahku
Gerakku seakan dipasak jarum waktu
Aku terikat dan indah itu beransur meninggalkan jiwa ini
Kucuma mampu memendam gelodak rasa
Tika pandangku singgah pada tawa riang insan dikelilingku
Siksa ini menikam dalam kepenjuru hati
Resah ini tak berteman saksi
Menyendiri dan sepi
Dan sunyi
Izinkan nyanyi alam membawaku jauh dari pasak ini

Mabok Sepi
Mabok Sepi (Dan kalaulah tanpa noktah, aku ingin perdengarkan “Kosong” buatmu sejuta kali)
Dia, temanku pernah berkata;
“Setiap siang dan malam yang panjang, dia menjadi insan yang paling sepi”.
Sepi, kami sebenarnya berkongsi. Ruang ini memungkinkan kami bersama, buat kami khayal-khayalan berbicara. Mabokan ini punya nikmatnya, saat pria perajurit malam bersemuka dalam lantang ketawa, berair mata. Dan, pandang memandang gadis-gadis di sisi meja menambah aroma bicara hahaha
Aku sebenarnya terharu kerana di ruang ini, kami terlalu jujur bercerita walau sekadar berkongsi dan menukar kata makanya ketawa adalah ubat sepi paling berharga, anugerah untuk pria perajurit jaga malam seperti kami rasanya hahaha
Sebelum pulang, aku ingin mabokan ini terusan sebati supaya bangunku nanti, meja diskusi perajurit malam kembali terisi dan aku tidak lagi sepi untuk kesekian kali hahaha

*Kosong; lagu yang didendangkan oleh grup DEWA19.
Kata Mula
Assalamu'alaikum.
Aku sebenarnya suka menulis, dan pernah menulis blog sekitar 2006, tapi hangat-hangat taik ayam kata teman-teman hehe. Tapi takpe, kali ni aku akan berusaha [Mohon sokongan ya teman-teman]. Pada aku, menulis biar dari hati dan berkongsi, kerana kita berbeza dan moga beza itu yang akan "membesarkan" kita : ).
Subscribe to:
Posts (Atom)