O Musafir, nyanyikan nada keluhmu
Kuingin lagu lembutmu menyentuh jiwaku:
Bagi sembilan rupa cinta yang lembut
Tunjukkan rahsia hati pencinta ini
Sejenak tercerai dari Sahabat, aku mati:
Bangkitkan kembali kalbuku dengan riak hidupmu
Biar aku dapat menjejakkan kaki dalam lingkaran pencinta
Dan kucium cincinnya. Sejenak
Biar kulupa dunia, sejenak saja
Tak kuacuhkan nafasku: hapus
Dan biar aku pindah segera
Ke dunia mabuk dan seperti mabuk
Akan kucipta tari, bangkit menjeritkan
Cinta penuh damba - sungguh akan kujeritkan
Cinta pada kekasihku - dan berdiri tegak aku
Di puncak luhur cita. Sayap kukepakkan
Seperti burung suci. Terbang
Dari lamunan hampa ke hakikat murni
Kemudian akan kuceritakan satu persatu
Keindahan Sahabat, cinta para pencinta.
- Fakhrudin Iraqi
[Sastera Sufi: Sebuah Antologi]
Sunday, May 15, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Nota Terima Kasih
Semalam
aku pernah tersungkur
lewat kusut akal fikir, rusuh hati
Dan segala yang mencengkam
Kalian datang
Menghulur tangan
Erat setiakawan
Seperti yang aku tahu
Selalu
Tentang hari ini; 22 Februari
Juta terima kasih aku ucapkan
Atas ucapan dan doa
Kerana aku tahu, itulah kalian
Selalu
Jauh di sudut hari
Yang perlu kalian tahu,
aku sebenarnya terharu.
Ya, selalu!
Thursday, February 17, 2011
Jendela Rasa
Jalur kata
dari rentas bicara
tentang semalam,
muncul, satu demi satu.
bilah nada
setajam runcing buluh,
menusuk, jauh ke lubuk hati
bisanya, dalam ke perdu rasa.
Raung tak dapat diukur
mengelepar tak dapat direda
saat luka ternganga,
bersatu darah dan airmata.
Wednesday, February 16, 2011
Tentang Harapan
Kamu,
Kalau enak bicara,
tentang harapan,
tanpa langkah, rebah.
Jika kata menyabung langit,
langkah biar membenam tanah,
gerak biar selancar angin membawa benih,
walau ke sudut sukar.
Istiqamah,
Walau ribu retak menyesak dada.
Harapan biar bertunas,
biar mekar, di depan mata.
Sunday, January 2, 2011
Cerita Hujung Minggu
Malam tadi, akibat tahap kebosanan yang agak melampau, sengaja aku jejakkan kaki ke Midvalley. Tanpa sebarang tujuan sebenarnya. Sampai je, lama aku termenung, sedikit bingung. Apa yang aku nak buat ni ha? Aduh! situasi ni dah selalu sangat terjadi kalau nak dicerita. Sudahnya, aku ke MPH, baca majalah free la kiranya. Habis satu, satu aku baca, alah, nama pun boleh baca free, manfaatkan jelah ye tak. Lama jugak aku dok mengakar kat situ. Dah bosan, aku ke kaunter; bayar majalah Personal Money [Financial Magazine yg aku suka].
Keluar dari MPH, sebelah kanan aku terpacak pulak Secret Recipe. Oleh sebab dah lama sangat aku tak makan kt situ, singgah, minum sambil menelaah Personal Money diselang-selikan dengan sumbatan Brownies Walnut yang sepotong tu. Sekejap je setel.
Usai baca, aku pun ber"window shopping" la ala lelaki. Kali ini aku lebih fokus. Hala direct je ke kedai sukan; nak tengok harga raket badminton. Semangat bersukanlah katakan. Tengok Yonex; boleh la kalau nak beli. Tengok raket Lin Dan, mak aiii, ribuan tu. Sudahnya, beg plastik MPH ja di tangan aku.
Dari escalator menuju ke tingkat paling atas, tiba2 teringat sorang kawan yg beria-ria menyuruh aku menonton sebuah filem sementara masih lagi ditayangkan. Katanya filem kisah benar ini berkisarkan tentang seekor anjing yang setia bernama Hachiko. "Aku menangis beb", kata kawan aku; perempuan.
Beratur beli tiket. Di bilik tayangan 14, cuma aku sorang je yang ada. screen gelap. Aku mengambil tempat di tengah2. Tanpa siapa2. 10 minit sebelum tanyangan bermula, barulah masuk 4 ke 5 orang. Aku tak pasti, di belakang aku. Kemudian bunyi lagi tapak kaki orang, dah mula ramai, tapi tak lebih 15 orang pada perkiraan aku. Tayangan bermula.
Separuh cerita, isak tangis kedengaran di belakang aku. Jelas. Dan Hachi terusan memainkan perasaan penontonnya. Sepuluh tahun menunggu di hentian yang sama, menanti dengan setia; tuannya yang telah sepuluh tahun tiada!...
Aku lelaki, berkaca la jugak mata ni. Serius!
Kalau korang nak menonton, dah ada yang uploadkan di Youtube. Search > HACHIKO-A DOG STORY.1 dan seterusnya. Layan!
:: Official Movie Trailer ::
Sunday, December 5, 2010
Aksara yang tinggal

Sedang aku menulis,
sebatang pena yang tertinggal, adalah nyawaku.
Mata pena yang menyentuh lembaran kosong,
adalah layar hidupku; aksara yang tinggal,
yang aku tumpahkan,
di ruang kecil, yang kekal milikku.
Sedang aku menulis,
khayalku melangkaui jauh ke gerbang tanya;
sapa jauh ke akar kata.
Bergelut antara ruang peribadi; perlukah dikongsi?
Sedang aku menulis,
aksara yang tertinggal itu,
adalah peduli yang kesekian kalinya,
yang sebelumnya aku tumpahkan;
buatku sedar, adakah pernah aku bersatu,
seikhlas aksara yang pernah, kutinggalkan dulu.
Tuesday, November 2, 2010
Sepi Semilir Awan
Sepi; sunyi dan sendiri
Seakan tarian semilir awan
Bisa berbentuk ilusi; aku khayalkan yang berbentuk "smiley"
Mohon datang ke sisi.
Jangan jauh, kerana aku terlalu sepi untuk sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)