Sunday, January 2, 2011

Cerita Hujung Minggu

Malam tadi, akibat tahap kebosanan yang agak melampau, sengaja aku jejakkan kaki ke Midvalley. Tanpa sebarang tujuan sebenarnya. Sampai je, lama aku termenung, sedikit bingung. Apa yang aku nak buat ni ha? Aduh! situasi ni dah selalu sangat terjadi kalau nak dicerita. Sudahnya, aku ke MPH, baca majalah free la kiranya. Habis satu, satu aku baca, alah, nama pun boleh baca free, manfaatkan jelah ye tak. Lama jugak aku dok mengakar kat situ. Dah bosan, aku ke kaunter; bayar majalah Personal Money [Financial Magazine yg aku suka].

Keluar dari MPH, sebelah kanan aku terpacak pulak Secret Recipe. Oleh sebab dah lama sangat aku tak makan kt situ, singgah, minum sambil menelaah Personal Money diselang-selikan dengan sumbatan Brownies Walnut yang sepotong tu. Sekejap je setel.

Usai baca, aku pun ber"window shopping" la ala lelaki. Kali ini aku lebih fokus. Hala direct je ke kedai sukan; nak tengok harga raket badminton. Semangat bersukanlah katakan. Tengok Yonex; boleh la kalau nak beli. Tengok raket Lin Dan, mak aiii, ribuan tu. Sudahnya, beg plastik MPH ja di tangan aku.

Dari escalator menuju ke tingkat paling atas, tiba2 teringat sorang kawan yg beria-ria menyuruh aku menonton sebuah filem sementara masih lagi ditayangkan. Katanya filem kisah benar ini berkisarkan tentang seekor anjing yang setia bernama Hachiko. "Aku menangis beb", kata kawan aku; perempuan.

Beratur beli tiket. Di bilik tayangan 14, cuma aku sorang je yang ada. screen gelap. Aku mengambil tempat di tengah2. Tanpa siapa2. 10 minit sebelum tanyangan bermula, barulah masuk 4 ke 5 orang. Aku tak pasti, di belakang aku. Kemudian bunyi lagi tapak kaki orang, dah mula ramai, tapi tak lebih 15 orang pada perkiraan aku. Tayangan bermula.

Separuh cerita, isak tangis kedengaran di belakang aku. Jelas. Dan Hachi terusan memainkan perasaan penontonnya. Sepuluh tahun menunggu di hentian yang sama, menanti dengan setia; tuannya yang telah sepuluh tahun tiada!...

Aku lelaki, berkaca la jugak mata ni. Serius!

Kalau korang nak menonton, dah ada yang uploadkan di Youtube. Search > HACHIKO-A DOG STORY.1 dan seterusnya. Layan!


:: Official Movie Trailer ::


12 comments:

zuyyin zulaikha said...

mesti sedih gler cter tu.kalu laki boleh nangis, bergenang.sure2 pempuan tengok teresak2..ending dia camna?xnak r tgk..sedeyy jer.nak tau ending je boleyy?heee

Fakrul Razzi said...

sangat sedih hehe... bergenang la pulak air mata hahaha... ending dia lagi la sedih dan kesimpulannya, tgk dari mula ;p

hanimah said...

o0o..mcm menarik ja sbb sampai tersedih2...:)

p/s:kenapa xtgk ramai2..pakat2 sedih satgi...

Fakrul Razzi said...

sedih tu menarik ke dik? haha... filem ni dah hampir sebulan ditayangkan kt GSC. Sbb tu dah tak ramai org. Balik check youtube, dah ada org uploadkan, adeh deh deh :p

hanimah said...

ha'a...sbb smpai boleh wat penonton sedih...tu yg menarik tu..;)
da check lama dah...tp xdpt full pun..sob..sob...(sedih)

Fakrul Razzi said...

ada kot dik, cuba check lagi dan jangan terbawak2 perasaan sedih tu keh keh keh

e s c a p e d said...

apasal kat penang takder?..banyak hari dah jengah ke panggung... :(

Fakrul Razzi said...

ye ke? mb dah tamat tayangan kot, psal kt sini pun dah hujung2 je... adik kaunter tu cakap, "citer ni dah lama sangat dah bang" hehe...

hanimah said...

xder terbawak2..ditinggal2kan..biarlah dlm kenangan...ececeh..hehe...tapi kan,kalau citer yg mengaitkan kesetiaan haiwan dgn tuannya,mmg sgt menyentuh hati..huhu..aritu ade tgk citer ala2 national geography...anak singa & tuannya..dibela sjk baby hingga dah besar..then,tuannya lepaskan ia ke habitat asalnya..bila 1 hari kwsn tu dilawati oleh bekas tuannya itu,sgt tak x sangka yg singa tu masih cam tuan yg jaga ia dlu,walaupun singa tu dah m'punyai 2 ekor anak..mmg bole nanges2 tgk citer tu time tu..sob..sob :(

e s c a p e d said...

adoii!!..nampaknya kene cari dvd la pas ni...huhuu...

btw, thanks..for the info... :)

wardah munirah said...

Assalamualaikum,
saya sudah tonton dua kali filem ini. amat menyedihkan. saya sayang hachiko dan saya namakan kucing saya, hachiko

Fakrul said...

Hanim: Dalam youtube pun dah ada org uploadkan, nanti check yer : )

Cik: Most welcome : )

Wardah: W'salam,

itulah, jarang sangat saya sebak kalau menonton filem. Tetapi filem ni sebaliknya, terlalu bijak memainkan perasaan penonton...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...