Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Siri harap-harapan dan ritual cinta

Kekasih, muncul berbekal harapan untuk dikongsi, bersama. Harapan berakar lewat fantasi bahagia-bahagia, ritual cinta. Yakin, badai ditangani bersama. Cuma seketika dan mungkin lama. Saat muncul si cantik atau berada makanya ghairah memburu mula membara, kembali menabur benih harap-harapan buat santapan si pria atau dara. Keajaiban anugerah untuk diri kononnya, tanpa kesal tanpa dosa.

Lagu alam dan ubat jiwa

Arus tenang, seakan mengajakku menikmati tarian awan di dadanya. Ada ketika, dedaun kering gugur menyentuh lembut ke dada air, mengundang ghairah anak seluang menyahut. Kocakan air dan siulan burung bersatu mendendang lagu alam. Juga lekuk batu di gigi air membentuk arca, mengundang pesona. Di pentas ini, tiada palsu tiada pura-pura.

Sendirian Ini

Aku masih di sini. Di sudut fikir paling sunyi. Menyelami diri. Dan sendirian ini memeluk erat, saat jiwa bersatu rindu dan rusuh. Sendirian ini sebenarnya memberi ajar dalam menikmati maafku. Dan maaf juga jika sapamu kubiar berlalu. Lewat pandangku, tanpa nafsu. Santunmu sebenarnya, cuma ilusi untuk kusedar dan mengakui betapa indah itu cuma lakon mengisi sepimu. Dan ikhlas tu cuma aku, bukan kau buatku.

Kata Mula

Assalamu'alaikum.


Aku sebenarnya suka menulis, dan pernah menulis blog sekitar 2006, tapi hangat-hangat taik ayam kata teman-teman hehe. Tapi takpe, kali ni aku akan berusaha [Mohon sokongan ya teman-teman]. Pada aku, menulis biar dari hati dan berkongsi, kerana kita berbeza dan moga beza itu yang akan "membesarkan" kita : ).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...