Tuesday, May 31, 2011

Berani Bercinta

Hampir 4.15 pagi.

Dan aku masih menikmati lagu dendangan Society The Band; Berani Bercinta (yang baru aku uploadkan di Youtube setelah beberapa hari tertangguh). Pada aku, lirik karya Jimadie Shah Othman ini memukau. Bukan memuji kerana Jim adalah kenalan rapat aku, tetapi bagi aku, ini kerana liriknya yang disulam indah walau ringkas, punya roh dan sangat dekat dengan orang-orang yang barangkali takut untuk bercinta. Lagu gubahan Meor Yusof Aziddin pula menyempurnakan lagi kelahiran sebuah lagu yang mempunyai sejuta makna dan asyik saat menyentuh gegendang telinga.

Ini liriknya:

Berani muda, berani cinta, hampa dan kecewa.
Berani hidup, berani mati, tundukkan takdirmu.
Hidup sekali, mati sekali, dunia takkan sepi.
Lihat pelangi warna-warni, warnakanlah lagi.

Bawa bulan, bawa awan, kita bersumpah setia.
Merah jampu cinta kita, dunia bagai di jambangan
Warna-warni kehidupan.
Pelangi petang ini, jalurnya merah jambu semuanya.

Esok kita, hembus nyawa dan hilang semua.
Tapi sumpah cinta kita
sentiasa menyala....
Sungguh ia melayang ke udara.


Aku menikmati lagu ini sambil cuba menghabiskan sebuah buku tulisan seorang penceramah motivasi iaitu Mr Robert Cheah Booy (berumur 62 tahun dan aktif menyampaikan syarahan di seluruh pelusuk dunia). Serius aku kagum dengan cara penyampaiannya yang seakan seorang "atuk" yang berdamping dengan "cucu-cucunya" sambil menceritakan pengalaman menariknya saat mengenal erti hidup hinggalah di usianya sekarang; "Saya 26 tahun, bukan 62 okey!", Selorohnya sambil tersenyum lagak seorang "atuk" ingin bermanja dengan kami, "cucu-cucunya".

Antara kata-katanya yang buat kami ketawa terbahak-bahak ialah saat kata-kata ini ditujukan kepada "cucu-cucu" perempuannya;

"Kalau menjadi isteri orang, cubalah berlakon yang kalian sangat teruja bila sang suami bersungguh-sungguh menceritakan tentang sesuatu yang kamu sebenarnya telah tahu. bukannya apa, cuma berilah ruang agar sang suami rasa he's so manly!", Selorohnya bersahaja hahaha.

"Dan kamu yang lelaki", Getus si atuk tiba-tiba. Ketawa kami serentak terhenti.

"Kamu umur berapa", Soal si atuk kepada seorang teman. "31 tahun", Balas teman tadi ringkas. Si atuk kembali menyoal bernadakan lagu lama "Dah kahwin ke belum?". Serentak kami semua ketawa haha. "Belum" jawab teman tadi. "Belum ada girlfriend", Tambahnya.

Si atuk tersenyum. memandang muka-muka kami. "Begini...", Katanya, sesaat diam. "Kamu yang lelaki, harus yakin dan berani", Sambungnya tegas. "Macam mana sales person tidak pandai memikat wanita ni. Besok kembali berusaha ya", Sambungnya bernada jenaka. Ketawa kembali bergema, terutama dari "cucu-cucu" perempuannya.


Terima kasih "atuk", terasa singgah tepat ke muka -.-' haha


oklah, aku ingin menyambung kembali bacaan aku.

Dan oh ya, aku masih ditemani Berani Bercinta. : )



8 comments:

Unknown said...

Sedap lagu tu! Kamu sedang dilamun cinta kah?

Fakrul said...

kehkehkeh

lagu kwn kita yg bikin, tentulah sedap bro.

bercinta?... tengoklah esok lusa haha

lirik Jim ni mcm perli aku pulak suruh jadi berani hoho

Aloy Paradoks said...

kalau ada masa kenalkan la gua dengan penyanyi berani bercinta ni,, gua terpukau dah dekat pena aritu.

Fakrul said...

errr... tetiba je gua rasa takde masa hahaha... eh, itu lu kena tanya abg2 dia la bro hehe

1 said...

Fakrul, bukan perli, dorongan. Haha.

aloy_paradoks, ada hati juga hang nampaknya.

Fakrul said...

haha, thanks bro!

e s c a p e d said...

berani bercinta, maknanya berani lara.. :)

Fakrul said...

mestilah kena berani ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...