Tuesday, February 22, 2011

Nota Terima Kasih


Semalam
aku pernah tersungkur
lewat kusut akal fikir, rusuh hati
Dan segala yang mencengkam

Kalian datang
Menghulur tangan
Erat setiakawan
Seperti yang aku tahu
Selalu

Tentang hari ini; 22 Februari
Juta terima kasih aku ucapkan
Atas ucapan dan doa
Kerana aku tahu, itulah kalian
Selalu

Jauh di sudut hari
Yang perlu kalian tahu,
aku sebenarnya terharu.

Ya, selalu! 

7 comments:

hanimah said...

oh,jangan sampai nangis keharuan ;D

Fakrul Fadzin said...

hehe... lelaki pun ada hak untuk menangis ok ;p

hanimah said...

errr...(terpegun seketika m'dgr pengakuan itu..hihi)

aloy_paradoks said...

:)

Fakrul said...

thanks brader : )

book seller said...

salam singgah. lelaki boleh menangis, kalau dia memilih untuk menangis..

Fakrul said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...