Friday, July 2, 2010

Sinar di hujung gelita

(buat seorang teman yang pernah mengimpikan indah pelangi, muncul di ruang sepinya)

Resah itu kamu dan juga dalam aku, sahabatmu.
Dulunya kita pernah berbicara, di hujung senja
Katamu, “ Jika bahagia itu memerlukan korban, kusedia”
Dan kita masih memandang ufuk merah yang sama.

Semalam,
Kita kembali berbicara, lewat embun dan cangkir masih tersisa,
Katamu “telah kutemu pelangi hati dan demi tuhan, indahnya kupelihara, ke hujung usia”
riangmu menceritakan segala, kala bertemu sinar di hujung gelita.

Sekadar mengingatkanmu sahabat,
Bahagia itu, kau yang mencorak dan pertahankan,
“walau dengan nyawa”, ulang katamu, di hujung senja, ufuk menyala.

2 comments:

N.Faizal Ghazali said...

Aku datang melihat rusuh cintamu, semoga terus tersimpul kemas pada tali hakiki dan melihat seni dengan hati yang murni- N Faizal Ghazali

Fakrul Razzi said...

InsyaAllah, terima kasih sahabat : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...